Laskar Kanan

Laskar Kanan ialah satu pangkat Penyelia Rendah dalam perkhidmatan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia. Tarafnya di antara Laskar Kelas I dan Bintara Muda.[perlu rujukan] Ia setaraf dengan Koperal dalam Tentera Darat Malaysia dan Koperal Udara dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Laskar Kanan juga dikenali sebagai Petanda dan diklasifikasi Pegawai Tanpa Tauliah Rendah. Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Rendah ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Bintara Muda) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Laskar Kelas I dan Laskar Kelas II. Gred Gaji bermula Z 4 (19) RM 2298.00 dan Maksimum RM 4811.00[1]

Berkaitan